Pucca In Love zulva skandinaniva: Januari 2013

Sabtu, 12 Januari 2013

TUGAS PAI


RUKUN-RUKUN SHLAT MENURUT 4 ULAMA
Menurut Sayyid Sabiq, yang termasuk rukun shalat ada 9 macam, yaitu:

1. Niat.
Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

وَمَااُوْمِرُوااِلّاَلِيُعْبُدُواالله مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ خُنَفَآءَوَيُقِيْمُواالصَّلَوةَوَيُؤْتُواالزَكَوةَوَذَلِكَ دِيْنُ القَيِّمَةِ


Artinya: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (al-Bayyinah: 98).

2. Takbiratul Ihram.
Hal ini berdasarkan hadist dari Ali RA berikut ini:

عن علي أن النبي صلى الله عليه وسلم قال
: مفتاح الصلاة الطهور، وتحريمها التكبير، وتحليلها التسليم (رواه الدارم

Artinya: Dari Ali RA, Nabi Muhammad SAW bersabda, kunci shalat bersuci, pembukaannya membaca takbir dan penutupannya adalah membaca salam. (H.R. Ad-Darimi).[1]
Takbiratul ihram ini hanya dapat dilakukan dengan membaca lafadz Allahu Akbar.

3. Berdiri Pada Saat Mengerjakan Shalat Fardhu.
Hukum berdiri ketika mengerjakan shalat fardhu adalah wajib. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

عن عمران بن حسين قال
: كانت بي بواسير، فسألت النبي صلى الله عليه وسلم عن الصلاة؟ فقال: صل قائما، فإن لم تستطع فقاعدا، فإن لم تستطع فعلى جنب (رواه البخاري

Artinya: Dari Imran bin Husain RA berkata, aku menderita penyakit ambien, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW mengenai cara mengerjakan shalat yang harus aku lakukan, Nabi SAW bersabda, “Shalatlah dalam keadaan berdiri, jika engkau tidak mampu, maka laksanakan dalam keadaan duduk, jika engkau tidak mampu melakukannya, maka kerjakanlah dalam keadaan berbaring”. (H.R. Bukhari).[2]

4. Membaca al-Fatihah.
Ada beberapa hadits shahih yang menyatakan kewajiban membaca surat al-Fatihah pada setiap rakaat, baik pada saat mengerjakan shalat fardhu maupun shalat sunnah. Diantaranya:

عن عبادة بن الصامت يبلغ به النبي صلى الله عليه وسلم لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
(رواه مسلم

Artinya: Dari Ubadah bin Shamit RA, Nabi SAW bersabda, “Tidak sah shalat seseorang yang tidak membaca surah Fatihatul-Kitab”. (H.R. Muslim).[3]
Dalam Mazhab Syafi`i, basmallah merupakan satu ayat dari pada surah al-Fatihah, maka membaca bismillah hukumnya adalah wajib.

5. Ruku’.
Kefardhuanya telah diakui secara ijma`, berdasarkan firman Allah SWT:

يَأَيُّهَاالَّذِيْنَ أمَنُوااَرْكَعُواوَاسْجُدُواوَاعْبُدُوارَبَّكُمْ وافْعَلُواالخَيْرَلَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ


Artinya: Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (al-Hajj: 77).
Ruku’ dikatakan sempurna, jika dilakukan dengan cara membungkukkan tubuh, dimana kedua tangan dapat mencapai dan memegang kedua lutut.

6. Bangkit dari ruku’ dan berdiri lurus (i’tidal) disertai thuma’ninah.
7. Sujud.
Anggota-anggota sujud adalah kening, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua telapak kaki.

8. Duduk yang terakhir sambil membaca tasyahhud.
9. Memberi salam.
Mayoritas ulama berpendapat bahwa memberi salam yang pertama adalah wajib, sedangkan salam yang kedua hukumnya adalah sunnah. Ibnu Munzir mengatakan para ulama berijma’ bahwa seseorang dibolehkan mengucapkan satu kali salam saja ketika dalam shalatnya.[4] Para ulama mazhab yang empat berbeda pendapat dalam menetapkan rukun shalat. Bahkan golongan Hanafiah membedakan lagi antara rukun dan wajib shalat, rukun shalat menurut mereka hanya enam, yaitu:
1. Takbirat al-ihram.
2. Berdiri.
3. Membaca al-Qur`an.
4. Ruku’.
5. Sujud.
6. Duduk terakhir sekedar membaca tasyahud.[5]
Sedangkan wajib shalat adalah:
1. Iftitah (membuka) shalat dengan lafaz “Allahu Akbar”.
2. Membaca al-Fatihah.
3. Membaca surat al-Qur`an sesudah al-Fatihah.
4. Membaca surat pada dua raka’at yang pertama dalam shalat fardhu.
5. Mendahulukan al-Fatihah dari pada membaca surat.
6. Menempelkan hidung dan kening bersamaan pada waktu sujud.
7. Memelihara tertib dalam perbuatan yang dilakukan berulang-ulang.
8. Tuma’ninah (diam sejenak) dalam melaksanakan rukun.
9. Duduk yang pertama pada raka’at kedua dalam shalat yang tiga atau empat raka’at.
10. Membaca tasyahud pada duduk yang pertama.
11. embaca tasyahud pada duduk yang terakhir.
12. Berdiri untuk raka’at yang ketiga dengan tidak melambatkan sesudah selesai tasyahud pertama.
13. Mengucapkan salam dua kali (ke kanan dan ke kiri) setelah selesai shalat dengan kalimat al-Salam saja (tidak ‘alaikum).
14. Menjaharkan bacaan bagi imam pada shalat Shubuh dan pada dua raka’at pertama Magrib dan Isya.
15. Mensirrkan bacaan bagi imam dan shalat sendirian pada shalat Dhuhur dan Ashar.
16. Takbir pada shalat ‘ied (hari raya).
17. Qunut pada shalat witir.
18. Diam (mendengarkan baik-baik) serta mengikuti imam pada shalat berjama`ah.[6]

Menurut golongan Malikiyah rukun shalat tiga belas macam, yaitu:
1. Niat.
2. Takbirat al-ihram.
3. Berdiri waktu takbiratul al-ihram pada shalat fardhu.
4. Membaca al-Fatihah dalam shalat berjama`ah dan shalat sendirian.
5. Berdiri waktu membaca al-Fatihah.
6. Ruku’.
7. Bangkit dari ruku’.
8. Sujud.
9. Duduk antara dua sujud.
10.Mengucapkan salam.
11.Duduk di waktu mengucapkan salam.
12.Tuma’ninah pada seluruh rukun.
13.I’tidal sesudah ruku’ dan sujud.[7]

Menurut golongan Syafi`iyah rukun shalat tiga belas macam, yaitu:
1. Niat.
2. Takbirat al-Ihram.
3. Berdiri pada shalat fardhu bagi yang sanggup.
4. Membaca al-Fatihah bagi setiap orang yang shalat kecuali ada uzur seperti terlambat mengikuti imam (masbuq).
5. Ruku’.
6. Sujud dua kali setiap raka’at.
7. Duduk antara dua sujud.
8. Membaca tasyahud akhir.
9. Duduk pada tasyahud akhir.
10.Shalawat kepada Nabi SAW setelah tasyahud akhir.
11.Duduk diwaktu membaca shalawat.
12.Mengucapkan salam.
13.Tertib.[8]

Menurut golongan Hanabilah rukun shalat ada empat belas macam, yaitu:
1. Takbirat al-ihram.
2. Berdiri pada shalat fardhu bagi yang sanggup.
3. Membaca al-Fatihah pada setiap raka’at dalam shalat berjama`ah dan shalat sendirian.
4. Ruku’.
5. I’tidal (bangkit) dari ruku’.
6. Sujud.
7. I’tidal (bangkit) dari sujud.
8. Duduk antara dua sujud.
9. Tuma’ninah pada ruku’ dan sesudahnya serta sujud dan sesudahnya.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Shalawat kepada Nabi SAW sesudah tasyahud akhir.
12.Mengucapkan salam dua kali.
13.Duduk di waktu membaca shalawat.
14.Salam dan tertib rukun.[9]

Dari pendapat Imam Mazhab Yang Empat di atas dapat dilihat bahwa ada beberapa hal yang mereka sepakati wajib dikerjakan dalam shalat, yaitu:
1. Takbiratul ihram.
2. Berdiri.
3. Membaca al-Fatihah.
4. Ruku’.
5. Sujud.
6. Membaca salam.
7. Tertib.



SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Di sebalik kesibukan  berbagai urusan harian yang tidak pernah habis marilah kita mencari sedikit masa untuk melihat sejenak sejarah kelahiran  manusia unggul yang diutuskan oleh Allah sebagai rahmatan lil ‘alamin. Sejarah seorang  Nabi dan penutup segala Rasul iaitu Nabi Muhammad saw. Marilah kita mengenalinya dengan lebih dekat melalui sirah kelahiran baginda,  sekali gus kita menghirup aroma keindahan sirah itu untuk menyegarkan perjuangan kita yang masih panjang ini.
Bermula sirah harum baginda dengan perkahwinan antara Abdullah bin Abdul Mutalib dengan seorang wanita terhormat dari kalangan Quraisy, Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Namun  takdir telah mendahului segalanya, Abdullah bin Abdul Mutalib telah kembali ke Rahmatullah sebelum sempat menimbang cahaya mata yang sedang dikandung oleh isteri tercinta.
Akhirnya Aminah melahirkan Muhammad tanpa seorang yang bernama suami di sisi. Muhammad saw telah dilahirkan di rumah bapa saudara sebelah bapanya iaitu Abu Thalib, dilingkungan Bani Hasyim dekat Shafa di Mekah Al Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awwal bersamaan  tahun 571 M  yang dikenali dengan tahun gajah, di mana ketika itu Abrahah Al Habsyi telah menyerang Mekah dari arah Yaman untuk menghancurkan Kaabah. Sesungguhnya keputeraan baginda telah berlaku pada 1442 tahun yang lalu,  masih kita kenang sehingga ke hari ini.
Abdul Muthalib , datuk Baginda menerima berita kelahiran cucunya dengan penuh rasa gembira. Boleh jadi beliau melihat kedatangan cucunya itu sebagai ganti kepada anaknya yang dirampas maut ketika masih muda.  Datuk baginda telah membawanya ke Ka’abah dan memberi nama “Muhammad” kepada cucundanya. Nama tersebut cukup asing di kalangan masyarakat Mekah pada waktu itu.
Rasulullah saw telah dilahirkan dari satu kabilah paling terhormat antara kabilah-kabilah Arab lainnya.  Baginda pernah bersabda mengenai dirinya :
“ Allah telah memilih kinanah sebagai keturunan Ismail, lalu dari Kinanah Dia memilih Quraisy, kemudian dari Quraisy dia memilih bani Hasyim , dan dari bani Hasyim Dia memilihku. “ (HR Muslim)
Bapa baginda saw, ialah Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay bin ghalib bin Quraisy bin Malik bin Nadhir bin kinanah bin Khzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Ma’ad bin ‘Adnan.  Nasabnya terus berlanjutan sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim. Semput juga nafas kita nak menyebut nasab baginda saw.  Berapa ramai di kalangan kita yang boleh menyebutkannya dengan lancar?
Mari pula kita lihat salasilah keturunan ibunda Baginda saw, beliau adalah Aminah binti Wahhab bin Abdul Manaf bin zahrah bin Kilab bin Murrah.  Nasabnya bertemu dengan ayahnya pada Kilab bin Murrah ( nenda kelima dari ayahnya dan keempat dari pihak ibunya ). Seharusnya kita mengingati susur galur keturunan baginda ini, kerana kecintaan kita kepada baginda.  Kecintaan kita kepada baginda seharusnya melebihi dari diri kita sendiri.
Bidan yang membantu menyambut kelahiran Nabi saw adalah Syifa’, bonda kepada Abdur Rahman bin Auf.  Sementara Suwaibah,  jariah kepada bapa saudaranya Abu Lahab adalah merupakan ibu susuan baginda yang pertama.  Pengasuh baginda pula ialah Ummu Aiman,  jariah kepada  ayah baginda , Abdullah bin Abdul Muthalib.
Tradisi bangsawan Arab pada ketika itu menghantar anak ke pedalaman demi mencari udara dan suasana yang lebih baik bagi anak-anak mereka.  Lantaran itu Rasulullah saw telah dihantar kepada Halimatus Sa’diyah untuk disusukan. Ketika berusia 4 tahun Nabi saw telah dikembalikan semula kepangkuan ibundanya.  Seterusnya pada usia 6 tahun Aminah,  ibunda baginda meninggal dunia, lalu baginda diasuh oleh Datuk baginda,  Abdul Muthalib. Dalam keadaan yatim piatu, baru sempat 2 tahun bermanja dengan datuknya, Abdul Muthalib juga dipanggil menemui Illahi.
Abdul Mutalib dikurniakan usia yang panjang, sehingga dikatakan bahawa beliau meninggal dunia ketika berusia 120 tahun.  Beliau meninggal dunia ketika Muhammad saw hampir berusia lapan tahun.  Sebelum kematiannya,  beliau telah menyerahkan tanggungjawab memelihara cucundanya, Muhammad saw kepada bapa saudara baginda sebelah bapa, iaitu Abu Thalib.
Abu Thalib menunaikan tanggungjawab memelihara anak saudaranya, Muhammad saw dengan sebaik-baiknya. Baginda tinggal dan bergaul dengan anak-anak Abu Thalib.  Baginda membesar di dalam rumah Abu Talib sehingga  Baginda meningkat dewasa , matang dan memahami keadaan sekeliling. Ketika berusia 13 tahun baginda pergi mengikut Abu Thalib pergi berniaga ke Syam.
Pengalaman demi pengalaman hidup di alam kanak-kanak yang baginda lalui sejak dari dalam kandungan ibunda lagi. Asal usul dan sirah kelahirannya amat jelas. Berbanding dengan ramai tokoh-tokoh agama lain, asal-usul  mereka biasanya tidak diketahui umum selengkap kita  mengenal  Nabi  Muhammad saw.
Kemuliaan keturunan tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada lelaki yang gagal. Seperti besi, apabila dibiarkan berkarat, ia tidak berguna lagi. Tetapi jika besi itu berada ditangan pereka yang mahir, ia boleh menghasilkan pelbagai rekaan.
Kelahiran Nabi saw dalam keluarga yang mempunyai kedudukan yang hebat merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan yang Allah sediakan untuk risalah Baginda.
Ada riwayat yang menyebut  bahawa beberapa petanda perutusan Nabi saw telah berlaku ketika kelahiran Baginda. Di mana 14 balkoni istana Kisra telah runtuh. Api yang disembah oleh puak Majusi telah padam. Gereja-gereja di sekitar  tasik Sawah  telah runtuh setelah tasik itu kering.
Namun Syeikh  Muhammad Al Ghazali dalam kitabnya Fiqh Sirah mengatakan ungkapan tersebut adalah tidak benar.
Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir telah memelihara kehidupan baginda dari segala kehinaan dan keburukan yang menjadi budaya amalan Arab jahiliyyah. Dari sudut sifat baginda sebagai seorang manusia, Baginda berasa lapar, kenyang, sakit, letih, rehat, sedih dan gembira. Baginda seorang yang berjiwa kental mampu memikul beban-beban kehidupan, susah payah jihad dan perit getir hidup, dalam keadaan teguh dan berani.
Sirah Nabi Muhammad saw bukanlah semata-mata kisah yang dibaca pada hari keputeraan. Bukan juga sekadar disebut-sebut dalam pelbagai selawat yang direka-reka. Bukan juga sekadar pesona cinta yang dipendam dan luahkan melalui susunan bait-bait sajak pujian kepada Baginda . Demikian juga menggerakkan lidah sehari semalam dengan seribu selawat tidaklah memberi makna kepada mana-mana Muslim yang Rasululullah saw  tidak hidup di dalam hatinya dan dia tidak mengikuti petunjuk Baginda saw dalam amalan dan pemikirannya.
Ingatlah, alangkah murahnya kasih sayang jika ia hanya sekadar kata-kata! Alangkah mahalnya kasih sayang itu jika ia berbentuk ikutan, kepatuhan dan janji setia.
Rasulullah saw  merupakan penghubung manusia dengan Allah. Apabila iman kepada Allah melekat di hati, sempurnalah tugas baginda sebagai Rasul. Tugas Rasul menghubungkan akal dan hati manusia dengan Penciptanya  dan menjelaskan jalan yang lurus kepada mereka.  Selepas itu, setiap manusia hendaklah memikul akibatnya dalam melakukan perbuatan baik dan buruk.
Rasul bukan orang tengah yang akan memikul untukmu kebaikan yang telah kamu lakukan, Rasul bukan juga ‘kambing hitam’ yang akan menanggung untukmu balasan buruk yang berhak dikenakan ke atasmu.
Samada Rasulullah saw masih ada atau sudah wafat tidak akan mengurangkan hakikat perutusan baginda sedikit pun. Baginda juga tidak diutuskan untuk menghimpun manusia di sekeliling namanya, sama ada sedikit atau ramai. Tetapi baginda diutuskan sebagai pemberi  peringatan dan berita gembira.
Tugas Nabi Muhammad juga bukanlah untuk menarik kamu dengan tali syurga. Sesungguhnya tugas baginda saw ialah mencampakkan ke dalam sanubari kamu penglihatan, yang dengannya kamu boleh melihat kebenaran.
Semoga dengan menyelusuri sirah kelahiran Baginda saw akan memberi keinginan yang lebih teruja untuk kita mengenalinya dengan lebih mendalam. Seterusnya memahami tugas baginda sebagai Rasul. Menghayati ajarannya tentang agama Islam yang syumul. Akhir sekali menuruti jejak langkahnya dari sudut kepimpinan dan dakwah, mengajak manusia keluar dari kegelapan kepada cahaya kebenaran